Nation
206
0

2 pegawai kanan ATM didakwa lagi

Shah Alam – Dua pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan rasuah berhubung beberapa projek di Kementerian Pertahanan (Kementah), hari ini menghadapi pertuduhan baharu juga membabitkan rasuah berhubung projek sama, di Mahkamah Sesyen di sini.

Kolonel Che Ahmad Idris, 54, dan Brig Jen Mohammed Feizol Anuar Ayob, 50, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali.

Che Ahmad, Ketua Cawangan Peperangan Siber Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Kementah ketika kejadian, didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah GBP 4,500 bersamaan RM25,000 daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn Bhd (FEHM Entity), Elias Jemadi Tajudin sebagai upah melantik syarikat itu secara rundingan terus bagi perkhidmatan senggaraan untuk BSPP.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Induk Stride, Taman Bukit Mewah Fasa 9, Kajang dekat sini, pada 22 November tahun lepas mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – Mynewshub

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu