Social
283
0

2 selebriti ditahan terbabit pelacuran online

Jakarta – Dua selebriti wanita Indonesia ditahan polis dipercayai terbabit dalam pelacuran dalam talian.

Selain mereka, polis turut menahan dua individu lain iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

Polis Tanjung Priok, Paksi Eka berkata, keempat-empat suspek ditahan di sebuah hotel lima bintang di kawasan Sunter, Jakarta Utara.

“Lelaki itu dipercayai berperanan sebagai bapa ayam, manakala dua artis berkenaan adalah seorang pelakon filem dan sinetron dan seorang Instafamous,” katanya.

Dalam pada itu, gambar penahanan kedua-dua selebriti itu tular di media sosial.

Menerusi gambar berkenaan, artis berkenaan yang memakai jaket hanya menundukkan kepala ketika pemeriksaan pihak berkuasa.

Tribunnews melaporkan, sehingga berita ini ditulis, polis masih tidak mendedahkan identiti dua artis berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan, setakat ini, status kedua-dua artis berkenaan masih lagi sebagai saksi. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu