Nation
90
0

2,562 kes demam denggi, 8 kematian di Melaka

Melaka – Sebanyak 2,562 kes demam denggi dengan lapan kematian direkodkan di Melaka dalam tempoh 1 Jan hingga 10 Nov lepas, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 1,733 kes direkodkan di Daerah Melaka Tengah, 450 kes di Jasin dan 379 kes di Alor Gajah, manakala sebanyak 15 lokaliti titik panas wabak denggi telah dikenal pasti di sekitar negeri ini pada tahun ini.

“Pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak demam denggi seperti pengabutan atau ‘fogging’, program gotong-royong, kempen kesedaran dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes namun kes dilihat terus mencatatkan peningkatan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata dalam tempoh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah melaksanakan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan di 125,819 premis di sekitar negeri ini dan 7,123 daripadanya  merupakan lokasi pembiakan positif larva nyamuk aedes.

Katanya aktiviti Semburan Ruang Thermal (SRT) telah dilakukan di lokasi kes dan kawasan berisiko tinggi iaitu sebanyak 3,584 kali semburan dalam tempoh 1 Jan hingga 2 Nov lepas.

Rahmad berkata sebanyak 1,277 bentuk aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan demam denggi merangkumi ceramah, gotong-royong, hebahan dan pameran telah dijalankan dalam tempoh berkenaan.

“Kempen Satu Jam Setiap Sabtu juga telah dilancarkan pada 24 Okt lepas bertujuan mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes khususnya di kawasan rumah masing-masing.

Kes demam denggi lebih melibatkan aspek kebersihan dan saya merayu masyarakat untuk terus memastikan kawasan rumah mereka sentiasa dibersihkan dan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya. – Bernama

 

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu