Social
296
0

3 lelaki ditahan kes rogol, seks luar tabii

Klang –  Polis menahan tiga lelaki disyaki terbabit kes rogol dan seks luar tabii di sebuah rumah sewa di Klang Utara, semalam.

Susulan penahanan itu, ketiga-tiganya berusia 20 dan 22 tahun direman tiga dan tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 serta 377A Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, tangkapan dilakukan susulan laporan dibuat mangsa, 21, yang juga bekas teman wanita suspek pertama.

“Mangsa membuat laporan polis semalam, mendakwa diugut bekas teman lelakinya yang mengatakan akan menyebarkan video tidak senonoh hubungan mereka di media sosial pada 30 Oktober lalu.

“Disebabkan takut video itu tersebar, mangsa mengikut kehendak suspek supaya ke rumah sewa lelaki itu dan sebaik tiba, dia mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks.

“Mangsa mendakwa dipukul dan diugut bahawa video bogelnya akan tersebar. Selain itu, rakan bekas teman lelaki mangsa yang berada di rumah itu juga didakwa memaksa dia melakukan seks luar tabii,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bertindak atas maklumat, Nurulhuda berkata, pihaknya melakukan dua serbuan dan berjaya menangkap tiga lelaki untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati suspek kedua yang berumur 20 tahun mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes curi motosikal mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Sementara itu, suspek pertama dan ketiga yang masing-masing berumur 22 tahun dan 20 tahun tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau memberitahu dua suspek utama direman selama tujuh hari, manakala seorang lagi suspek direman tiga hari. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu