Social
212
0

31 individu termasuk 16 remaja sertai parti ditahan

Kuala Lumpur – Polis menahan 31 orang termasuk 16 remaja kerana menyertai parti persendirian di sebuah kondominium di Jalan Changkat Thambi Dollah, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam serbuan kira-kira 10 pagi itu, polis mendapati mereka sedang berehat di kediaman tersebut yang dijadikan tempat penganjuran majlis sambutan hari lahir.

Menurutnya, mereka yang ditahan di kediaman yang disewa RM250 semalam itu terdiri daripada 18 lelaki dan 13 wanita yang berusia antara 14 dan 20 tahun.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka mendapati 15 daripadanya positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine serta dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Zainal berkata, 16 remaja yang ditahan terdiri daripada lapan pelajar sekolah menengah, dua pelajar kolej dan enam tidak bersekolah.

Kesemua mereka dikenakan kompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut Peraturan 11, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu