Nation
160
0

36 pelajar SPM, STPM positif Covid-19

Kota Kinabalu – Seramai 36 pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dikesan positif COVID-19 di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata mereka dikesan positif dalam saringan sebelum dibenarkan kembali ke asrama mulai 16 Januari lalu.

Bagaimanapun, Masidi berkata, semua pelajar terbabit masih boleh meneruskan pembelajaran sepanjang tempoh menjalani kuarantin.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah sudah menyediakan perkhidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) di

seluruh negeri.

“Pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalankan sesi pembelajaran dalam talian,” katanya.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistrine Radin, dilaporkan berkata langkah pencegahan diambil bagi memastikan tiada pelajar yang dijangkiti COVID-19 ketika berada di dalam asrama di sekolah masing-masing.

Sebelum ini, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menyediakan ujian saringan secara percuma di asrama beberapa sekolah menengah di negeri ini bermula 16 Januari lepas.

Semalam, seramai 33,503 pelajar SPM dan 17,791 pelajar STPM di Sabah telah kembali ke sekolah bagi menduduki sesi pembelajaran secara bersemuka. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu