Social
271
0

4 lelaki ditahan terlibat dalam pergaduhan

Kuala Lumpur – Polis menahan empat suspek disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki pada 6.37 petang.

“Terdapat tiga kereta yang ditinggalkan suspek/mangsa di tempat kejadian. Dua orang mangsa kini sedang dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil.
“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis. Kesemua suspek akan direman hari ini di Mahkamah Kajang bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian pergaduhan itu turut tular menerusi sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang telah mencederakan sekumpulan lelaki yang lain.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes, boleh berhubung mana-mana balai berdekatan atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata serta Seksyen 148 kanun sama kerana memiliki senjata dan merusuh. – Bernama

 

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu