Nation
131
0

41 calon SPM di Machang positif Covid-19

Kota Bharu – Seramai 41 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah asrama di Machang disahkan positif COVID-19.

Jumlah berkenaan menjadikan 88 kes keseluruhan positif COVID-19 di Kelantan, hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata kesemua pelajar terbabit dibawa ke pusat kuarantin di Dewan Jubli Perak dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) selepas disahkan positif.

Katanya, kes calon SPM berkenaan adalah kontak kepada Kluster Pangkal Changgong yang membabitkan tiga daerah iaitu Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

“Kita masih mengesan kontak rapat mereka yang positif bagi mengelak wabak berkenaan merebak,” katanya.

Kluster Pangkal Changgong adalah kluster membabitkan pelajar di sebuah pusat pengajian di Pangkal Changgong dan ia membabitkan tiga daerah setakat ini.

Kes daripada kluster berkenaan mula dikesan pada 10 Februari lalu hasil saringan individu bergejala membabitkan seorang pelajar perempuan.

Sehingga kini, kluster berkenaan sudah merekodkan 56 kes positif COVID-19. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu