Social
396
0

42 orang ditahan bergaduh berebut pelanggan

Kuala Lumpur – Gara-gara berebut pelanggan, 42 individu ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira 7 malam.

“Kejadian berpunca daripada berebut pelanggan di kedai menjual komputer dan komputer riba. Semua mereka yang ditahan berusia 20 hingga 35 tahun dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kejadian itu tidak melibatkan isu perkauman.

Terdahulu beberapa klip video tular di laman sosial hari ini memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah pusat membeli belah dan berlanjutan ke dalam premis terbabit. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu