Nation
105
0

43 Ahli Parlimen BN setuju sokong Belanjawan 2021

Kuala Lumpur – Seramai 43 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat bersetuju sebulat suara untuk memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain itu, kesemua ahli Parlimen BN yang bermesyuarat semalam bersetuju memberi sokongan kepada semua rang undang-undang (RUU) yang akan dibentangkan pihak kerajaan.

Beliau berkata mereka turut bersetuju supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan cadangan melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh enam bulan atau sebahagian daripadanya bagi mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40.

“Selain itu, 43 ahli Parlimen BN mahu Perdana Menteri mempertimbangkan untuk meluluskan pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tertentu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, berkata beliau telah pun mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi memaklumkan sokongan dan persetujuan bersama ahli Parlimen BN berkenaan. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu