Nation
148
0

456 ditahan ingkar PKPP

Kuala Lumpur – Seramai 456 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua mereka yang ditahan itu dikenakan tindakan kompaun

“Kesalahan ingkar arahan PKPP tertinggi adalah tidak memakai pelitup muka (174), penjarakan fizikal (74), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan (72), aktiviti pusat hiburan (34) dan lain-lain (102).

“Manakala, seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Benteng, selain merampas dua kenderaan darat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 298 sekatan jalan raya Operasi Benteng juga dilakukan di seluruh negara.

“Sejak 24 Julai hingga semalam, seramai 58,365 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 63 hotel serta 18 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian swasta.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,960 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 381 individu dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Katanya, seramai 48,024 individu sudah didiscaj dan dibenarkan pulang. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu