Social
2K
0

5 beradik berdepan hukuman mati

Tapah – Enam lelaki termasuk lima beradik dengan seorang daripadanya remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah kira-kira dua minggu lepas.

Pertuduhan ke atas S. Rathiswaran, 23; S. Suthentiran, 21; S. Sridharan, 20; S. Suthesan, 18, dan adik mereka yang berusia 17 tahun serta seorang warga Myanmar dikenali sebagai Kyaw, berusia lingkungan 20-an, dibacakansecara serentak di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Keenam-enam tertuduh didakwa bagi mencapai niat bersama mengedar dadah jenis Methampetamine seberat 37.2 kilogram di ladang kelapa sawit di Mukim Chenderiang, Batang Padang di sini pada 4 Nov lepas kira-kira 9.15 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amanina Zulkefli manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Rajit Singh.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan serta menetapkan 9 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu jurubahasa Myanmar kerana tertuduh warga asing itu tidak memahami bahasa Melayu dan 18 Jan tahun depan untuk serahan laporan kimia. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu