Nation
167
0

5 selebriti dipanggil SPRM

Kuala Lumpur – Lima individu terdiri daripada pengacara popular, pelakon dan penyanyi diambil keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, semalam.

Kelima-lima mereka termasuk seorang selebriti dan bekas isterinya dipanggil bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram membabitkan dua individu dikenali sebagai Addy Kanna dan Alvin Goh yang sebelum ini disiasat dan ditahan reman oleh SPRM.

Sumber berkata, ada di antara lima individu terbabit dipanggil sejak bulan lalu dan menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM petang tadi.

“Kesemua individu terbabit hadir mulai jam 12 tengah hari sehingga 2 petang tadi dan ada yang masih dirakam percakapan.

“Pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan bagi membolehkan pihak SPRM mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti pengubahan wang haram,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Sumber berkata, salah seorang dari mereka juga adalah selebriti yang sebelum ini pernah dipanggil pada 2 Oktober lalu.

Dalam pendedahan sebelum ini, BH melaporkan, dalang utama sindiket penipuan Macau Scam dan judi dalam talian dari China, menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil penipuan.

Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan.

Susulan itu, seorang selebriti bersama isterinya yang juga seorang artis serta seorang usahawan kosmetik dipanggil oleh SPRM membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki sebelum ini dilaporkan meminta semua selebriti dan ahli perniagaan yang terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu