Social
1K
0

5 tahun dipaksa jadi pemuas nafsu bapa mentua

New Delhi – Malang nasib seorang wanita di daerah Shahdara, India apabila dipaksa menjadi pemuas nafsu bapa mentuanya selama lima tahun.

Tribun News memetik portal eva.vn melaporkan apa yang lebih menyedihkan apabila mangsa berusia 25 tahun itu mengadu nasibnya kepada suami dan keluarga mentuanya, tetapi tidak diendahkan.

Sebaliknya, mereka memintanya mengunci mulut dan merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan orang lain.

“Suami tidak marah sebaliknya minta saya berdiam diri manakala ibu mentua mulanya marah dan menyerang saya selepas mengetahuinya.

“Namun, hanya setakat itu saja kerana ibu mentua juga tidak dapat berbuat apa-apa begitu juga suami.

“Ini kerana mereka terlalu takut dan hormat dengan bapa mentua saya yang juga ketua keluarga.

“Lagipun, suami saya hanya melakukan pekerjaan kecil-kecilan dan segala perbelanjaan rumah ditanggung oleh bapanya jadi mungkin sebab itu dia hanya berdiam walaupun tahu saya terseksa,” katanya.

Mangsa dilaporkan berkahwin pada 25 November 2011 dan tinggal bersama suami, ibu serta bapa mentuanya.

Tiada masalah berlaku di awal perkahwinan, tetapi mangsa akhirnya menyedari sikap aneh bapa mentuanya yang sering memerhatikannya sebulan selepas berumah tangga.

“Perkara itu berlarutan sehingga 2015 biarpun saya dan suami dikurniakan cahaya mata.

“Pada satu malam, dia memperkosa saya dan bukan sekali tetapi berulang kali dia melakukannya dalam tempoh lima tahun.

“Lebih menakutkan apabila bapa mentua mengancam untuk membunuh saya jika menceritakan hal itu kepada orang lain,” katanya.

Menurut mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu, bapa mentuanya pernah berkata yang dia adalah kekasihnya pada siang hari dan isteri pada sebelah malam.

Enggan dirinya terus menjadi mangsa, wanita itu akhirnya menceritakan kepada ibu kandungnya yang kemudian menemaninya membuat laporan di balai polis daerah Jyoti Nagar.

“Susulan aduan diterima, polis menjalankan pemeriksaan dan mendapati mangsa diperkosa oleh suspek yang juga bapa mentuanya.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan akan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika terbukti bersalah,” katanya.

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu