Nation
1K
0

604 pekerja kilang ayam positif COVID-19

Jasin – Seramai 604 individu disahkan positif COVID-19 di sebuah ladang dan kilang memproses ayam di Serkam, di sini sejak saringan dilakukan pada Isnin lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jangkitan itu dipercayai bermula daripada pekerja kilang berkenaan yang bergejala sebelum merebak kepada pekerja lain termasuk warga tempatan dan asing.

Katanya, disebabkan penularan berkenaan, wujud Kluster Industri Serkam sekali gus memaksa seramai 1,871 pekerja kilang terbabit menjalani ujian saringan sehingga hari ini.

“Daripada jumlah keseluruhan yang disaring itu, seramai 443 individu terdiri daripada pekerja tempatan dan 1,428 adalah pekerja asing.

“Seramai 154 individu yang disaring mempunyai kontak rapat dan disahkan negatif, sudah diarahkan menjalani perintah kuarantin kendiri di rumah,” katanya selepas melakukan tinjauan di sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam, di sini hari ini.

Pemeriksaan dilakukan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Yang turut melawat, EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr ismail Ali.

Dr Adham berkata, individu positif yang bergejala akan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) manakala yang tidak bergejala bagi bukan warganegara pula ditempatkan di asrama pekerja.

Katanya, bagi warganegara yang menjalani perintah kuarantin di rumah akan dikawal selia petugas Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Kesang Tua dan Parit Gantung.

“Operasi kilang berkenaan sudah diarahkan tutup selama tujuh hari disebabkan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu meletakkan pekerja di tempat yang sesak dan sempit dengan tidak menitikberatkan penjarakan fizikal.

“Arahan penutupan itu adalah untuk mengawal dan mencegah COVID-19 dengan mengarahkan pelaksanaan sanitasi dan dekontaminasi di seluruh bangunan kilang,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu