Nation
717
0

Ahli-ahli Parlimen Pembangkang di Wilayah Persekutuan kecewa dengan Annuar Musa

Kuala Lumpur- Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur dari blok pembangkang, Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras, Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong, Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa, P. Prabakaran, Ahli Parlimen Batu dan Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Segambut, amat kecewa kerana Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah mengenepikan mereka dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan.

Mereka menekankan bahawa, sejak pelantikan Annuar Musa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada Mac 2020, beliau belum lagi bertemu dengan ahli-ahli Parlimen KL terutamanya dari blok pembangkang untuk membincangkan isu-isu berkaitan pentadbiran (governance) di Kuala Lumpur meskipun permohonan telah dibuat oleh ahli-ahli Parlimen KL pada sidang Parlimen lalu.

“Kami ingin mengingatkan Annuar Musa agar mengutamakan aspek pentadbiran serta kepentingan rakyat di Kuala Lumpur.”

“Sebagai permulaan, Annuar Musa perlu memanggil satu mesyuarat untuk membincangkan berhubung belanjawan tahun hadapan melibatkan kawasan-kawasan di Kuala Lumpur,” kata mereka.

Mereka juga menyeru agar Annuar Musa perlu mengembalikan semula Majlis Menteri (diwujudkan oleh bekas Menteri WP Khalid Samad) untuk memahami isu-isu di Kuala Lumpur.

“Jika ini gagal dilakukan, maka boleh disimpulkan bahawa Annuar Musa tidak mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan warga KL,” ujar mereka lagi.

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu