Social
267
0

Ahli perniagaan didakwa bunuh jurutera tapak

Sepang – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang jurutera tapak, yang ditemukan rentung di dalam sebuah kenderaan pada 28 Okt lepas di Kota Warisan, di sini.

Tertuduh, P. Vijayan, 42, hanya mengangguk dan berkata faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Dia dituduh melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas K. Seri Ganis Kanapathy Pillay, 42, pada 28 Okt antara pukul 2.38 pagi hingga 4.50 pagi, di kawasan bersebelahan Jalan Airport City 2, Airport Business Centre, Kota Warisan di sini.

Media pada 28 Okt melaporkan penemuan satu mayat rentung di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbakar di kawasan semak di Kota Warisan di sini.

Vijayan didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasharina Nazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 8 Februari tahun depan untuk sebutan semula. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu