Nation
154
0

Ambil tindakan tegas terhadap majikan gaji pekerja asing tidak jalani ujian COVID-19

Kuala Lumpur –  Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) meminta agar tindakan tegas diambil kepada majikan yang menggajikan pekerja asing yang tidak menjalani saringan wajib COVID-19, khususnya yang bekerja di industri pembinaan, perkhidmatan dan perkilangan.

Penasihat Program Saringan Prihatin Komuniti MCCF Prof Datuk Seri Abu Hassan Asaari Abdullah berkata ini memandangkan masih ramai majikan yang degil dan tidak memberikan kerjasama terhadap arahan kerajaan sebelum ini, supaya pekerja asing dalam semua sektor melakukan ujian berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata MCCF turut tidak menolak kemungkinan berlakunya penipuan dalam keputusan saringan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan.

MCCF berpendapat bahawa ujian saringan Reverse Prescription – Pulmonary Chain Reaction (rt-PCR), pemakaian pelitup separuh muka dan pematuhan kepada prosedur operasi standard, merupakan vaksin terbaik komuniti dalam membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu