Social
140
0

Anggota polis cedera khemah di sekatan jalan raya runtuh

Kuala Lumpur – Seorang anggota polis trafik cedera selepas bumbung sebuah khemah di sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Jalan Duta di sini, runtuh akibat angin kencang, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata ketika kejadian anggota polis berkenaan sedang berteduh di dalam khemah yang didirikan di laluan menghala masuk ke pusat bandar bagi kemudahan anggota keselamatan melaksanakan sekatan jalan raya di lokasi itu.

Menurutnya, hujan lebat berserta angin kencang menyebabkan bahagian bumbung khemah itu tiba-tiba runtuh lalu menghempap anggota polis itu mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam.

“Mangsa yang bertugas di Bahagian Kawalan Lalulintas JSPT Kuala Lumpur kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Bernama.

Zulkefly berkata sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta mula dilaksana sejak 14 Okt lalu apabila PKPB mula dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu