Social
500
0

Anjing ditikam hingga perut terburai

Jasin – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mencederakan seekor anjing peliharaan milik jirannya dengan menikam perut haiwan itu sehingga terburai usus di Jalan Teratai, Taman Maju di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam Khamis lalu, suspek berusia 37 tahun ditahan selepas dilaporkan menceroboh masuk sebuah rumah dan mencederakan seekor anjing menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, mengikut laporan awal, ketika kejadian pintu pagar rumah pengadu tidak berkunci dan suspek masuk ke kawasan garaj sebelum tiba-tiba mengamuk mencederakan haiwan tersebut.

“Pengadu yang merupakan seorang suri rumah berusia 50 tahun mendengar anjingnya membuat bising dan terus meninjau keadaan luar rumah dari tingkap biliknya.

“Dia kemudian nampak perbuatan suspek namun tidak keluar kerana takut,” katanya di sini hari ini.

Mispani berkata, anjing tersebut mengalami kecederaan yang mana usus perutnya terkeluar namun ketika kejadian masih hidup.

Difahamkan, anjing itu kini telah mati akibat kecederaan dialami.

“Suspek yang dilihat berada dalam keadaan mabuk kemudian berjalan keluar dari rumah pengadu dan membuat bising dengan menjerit.

“Sepasukan polis menahan suspek pada hari kejadian dan merampas sebilah sabit besi serta pisau,” katanya.

Tambahnya, lelaki itu ditahan reman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana ceroboh dan Seksyen 428 Kanun kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan. – Utusan

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu