Reviews
1K
0

Bagi saya, niat kita itu penting- Najib

Saya lihat ada yang kongsi gambar lama saya lawat orang di hospital. Kata saya BFF ini, best friend itu.

Macam ini lah.

Sepanjang karier politik saya, saya tidaklah suka bermusuh dengan sesiapa.

Ya benar. Kita berbeza pendapat. Kita berbeza ideologi. Kita berbeza fahaman politik.

Tetapi bagi saya ini cuma perbezaan di antara kita yang tidak cukup untuk bermusuhan.

Kerana bagi saya, niat kita itu penting.

Saya percaya kita semua mahukan yang terbaik untuk rakyat pada masa itu.

Oleh sebab itu dahulu ketika saya bermula karier sebagai MB Pahang sehinggalah ke Perdana Menteri, pintu pejabat, pintu rumah dan pintu hati saya sentiasa terbuka kepada dua pihak.

Satu kepada rakyat.

Satu kepada mana-mana pemimpin yang mahukan terbaik untuk rakyat.

Saya menganggap dan melayan semua sebagai sahabat saya.

Di mana ada keperluan dan permintaan, saya gunakan segala sumber dan jentera yang ada untuk bantu.

Kita bertarung dari segi dasar dan pentadbiran, dan tidak sesekali secara peribadi (kecuali yang dalam gambar terakhir itu amat bersifat peribadi politiknya).

Kita saling hormat-menghormati dan menerima perbezaan antara kita.

Sekurang-kurangnya, itulah pendirian dan isi hati saya.

Sehingga hari ini.

-Dipetik dari halaman FB Datuk Seri Najib Tun Razak

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu