Nation
297
0

Banjir 2020 unik, sukar dijangka

Kuala Lumpur – Banjir 2020 kali ini agak unik dan sukar dijangka berikutan cuaca hujan lebih tertumpu di kawasan pesisir pantai berbanding kawasan hulu pedalaman seperti lazimnya.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata julat taburan hujan terlalu tinggi menyebabkan aliran air tidak boleh turun ke laut kerana bertembung dengan fenomena air pasang hingga mengakibatkan beberapa kawasan rendah di pesisir pantai ditenggelami air.

“Biasanya, kawasan pedalaman yang akan terjejas banjir dahulu, namun di Hulu Terengganu dan Hulu Besut, tidak berlaku pemindahan mangsa banjir pada gelombang pertama dan kedua.

“Hanya pada gelombang ketiga sahaja terdapat PPS dibuka namun jumlahnya sangat sedikit kerana taburan hujan di hulu pedalaman tidak sebanyak di kawasan pesisir pantai baru-baru ini,” katanya kepada Bernama ketika membuat pemantauan di Pantai Batu Buruk di sini hari ini.

Banjir kali ini menyebabkan beberapa kawasan yang jarang mengalami masalah itu termasuk kawasan bandar Kuala Terengganu juga ditenggelami air lewat malam Rabu lepas. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu