Nation
204
0

Banjir bukan alasan langgar SOP – Ketua Polis Kelantan

Kota Bahru – Polis hari ini mengulangi ingatan kepada masyarakat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan COVID-19 sekalipun ketika berdepan bencana banjir.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata mereka yang berdegil dan menjadikan bencana banjir sebagai alasan melanggar SOP itu akan dikenakan tindakan tegas.

“Kalau SOP menyebut jangan naik kereta melebihi tiga orang, kena patuhlah, melainkan ada sebab kukuh untuk membawa lebih daripada jumlah itu.

“Jangan sengaja menaiki kenderaan beramai-ramai semata-mata untuk melihat banjir yang berlaku ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong yang menempatkan 50 mangsa banjir dari kampung berhampiran, di sini.

Beliau juga berkata tidak sebab untuk rakyat Kelantan tidak mengetahui SOP berkenaan yang berulang kali dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Shafien berpuas hati dengan tahap kerjasama semua agensi dalam operasi pemindahan mangsa banjir di Kota Bharu dan Pasir Puteh yang kini merekodkan 296 mangsa daripada 78 keluarga. – Bernama

 

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu