Social
247
0

Bapa kandung durjana didakwa di Mahkamah

Kuala Lumpur – Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini, atas 41 pertuduhan rogol, melakukan seks di luar tabii dan amang seksual terhadap anak perempuannya sejak Januari hingga Oktober lalu.

Pada prosiding yang berlangsung kira-kira dua jam itu, pengusaha syarikat pembersihan berumur 42 tahun itu mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan satu persatu oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Tertuduh didakwa atas 14 tuduhan melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya berusia 15 tahun 11 bulan di rumah tertuduh di sebuah taman perumahan di Bukit Antarabangsa di sini pada Januari sehingga Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa atas 18 tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan mangsa sama, di tempat sama dan kawasan hutan di Bukit Antarabangsa di sini, antara tempoh berkenaan.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dia turut berdepan sembilan tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di tempat, masa dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Sangitaa tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan khuatir tertuduh melarikan diri dan menganggu mangsa jika diberi ikat jamin.

Norhazani tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokuman dan lantikan peguam.

Mangsa merupakan anak bekas isteri tertuduh yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu