Social
46
0

Bayi dibuang dari bilik hotel

Kuching – Orang ramai di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan, dipercayai dibuang oleh ibunya dari bilik hotel di Jalan Bukit Mata, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner, Awang Din Awang Gani, berkata mayat bayi itu ditemui oleh orang awam, yang kemudian menghubungi polis sekitar jam 9.20 malam.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah membuat siasatan di tempat kejadian dan menemui mayat bayi terbaring di tempat kejadian dengan kecederaan di bahagian kepala,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Awang Din berkata, siasatan lanjut yang dijalankan berjaya menahan seorang wanita berusia 19 tahun, yang disyaki ibu kepada bayi berkenaan di bilik hotel terbabit.

Katanya mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut manakala suspek dihantar ke HUS untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan masih dalam siasatan. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu