Nation
144
0

Bayi ditemukan dalam semak

Melaka – Seorang bayi lelaki yang baharu lahir dan masih bertali pusat ditemukan seorang lelaki dalam semak di Jalan Sidang Hassan 1, Bukit Katil di sini kelmarin.

Ketua Polis Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata bayi seberat 2.2 kilogram itu ditemukan lelaki berusia 50 tahun yang bekerja sebagai tukang kebun pada kira-kira 3 petang.

“Ketika sedang berehat di rumahnya, anak saudara tukang kebun tersebut memberitahu terdengar bunyi tangisan bayi sebelum lelaki itu keluar mencari bunyi berkenaan.

“Tukang kebun tersebut kemudian menemukan bayi malang itu dalam semak kira-kira 50 meter dari kawasan perumahan,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata bayi itu kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu