Nation
183
0

Bekas Gabenor Bank Negara nafi terkait dengan 1MDB

Kuala Lumpur – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan bahawa keluarganya terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya memerhatikan dengan kebimbangan apabila melihat banyak laporan media yang tidak benar mengaitkan saya dan keluarga saya dengan 1MDB. Isu berkaitan 1MDB telah disiasat sepenuhnya oleh pihak berwajib seperti BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan ringkas, Zeti berkata bahawa beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyerahkan kesemua maklumat yang diperlukan kepada PDRM serta SPRM berhubung siasatan rasmi berkenaan 1MDB dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zeti bagaimanapun tidak dapat mengulas sebarang kenyataan lanjut memandangkan beliau merupakan saksi yang berpotensi dalam perbicaraan ke atas Najib yang masih berjalan.

“Oleh itu, pada pandangan saya, ini akan menganggu perbicaraan yang sedang berjalan dan berpotensi menjadi sub judice untuk saya membuat sebarang kenyataan ketika ini. Saya ingin mengulangi bahawa keluarga saya dan saya tidak pernah menerima apa-apa jumlah wang daripada 1MDB. Tuduhan terhadap kami adalah palsu dan berniat jahat.” – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu