Nation
292
0

Bekas timbalan menteri penerangan Railey Jeffrey meninggal dunia

Kuala Lumpur – Bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Railey Jeffrey, meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya dekat sini, petang semalam.

Bekas Ahli Parlimen Silam berusia 75 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam 5.30 petang dan jenazahnya dikebumikan semalam.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan adiknya, Kemley Jeffrey, menerusi satu hantaran di Facebook.

Kemley melalui hantaran sama meminta semua pihak mendoakan semoga roh arwah ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

Allahyarham menjadi Ahli Parlimen Silam selama empat penggal antara 1986 hingga 2004 dan pernah menjadi pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan UMNO Sabah.

Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Penerangan antara 1986 hingga 1995 pada era kerajaan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketika itu.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Persatuan Cocos Sabah (PECOS), Ishak Harry, ketika dihubungi BH memaklumkan menerima berita kematian Railey yang juga presiden pertama PECOS, daripada seorang ahli keluarganya di Lahad Datu, Sabah petang semalam.

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu