Nation
154
0

Belanjawan 2021: Ada Atau Tidak Peruntukan Penyelenggaraan SJKC & SJKT?

Ipoh – Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2021 yang telah mempelawa reaksi yang berbeza-beza dari kalangan rakyat Malaysia.

“Saya telah mendengar ucapan belanjawan itu secara teliti di Dewan Rakyat, ujar YB V.Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah.

Satu daripada perkara yang ditunggu-tunggu tetapi tidak disebut dalam belanjawan ialah mengenai peruntukan penyelenggaraan bagi sekolah-sekolah vernakular.

Tiap-tiap tahun, kerajaan akan meperuntukan RM50 juta untuk SJKC dan SJKT masing-masing. Tetapi, dalam Belanjawan 2021, peruntukan penyelenggaraan untuk SJKC dan SJKT tidak disebut secara spesifik.

“Ini telah menimbulkan keraguan dan kebimbangan. Saya ingin mengetahui apakah niat kerajaan Perikatan Nasional yang sengaja tidak menyebut tentang peruntukan ini dalam Belanjawan 2021?”

“Saya akan membangkitkan isu ini dalam perbahasan peringkat dasar yang akan bermula minggu hadapan di Dewan Rakyat. Saya akan meminta penjelasan daripada Menteri Pendidikan berhubung dengan peruntukan penyelenggaraan  bagi SJKC dan SJKT,” tegas beliau.

“Saya mahu supaya Kementerian Pendidikan secara telus memberitahu samada RM50 juta akan diagihkan kepada SJKC dan SJKT masing-masing seperti tahun-tahun sebelum ini.”

Selaku Ahli Parlimen Batu Gajah beliau amat berharap agar Kementerian Pendidikan tidak akan mengecewakan SJKC dan SJKT dalam menyalurkan dana penyelenggaraan bagi tahun 2021.

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu