Social
121
0

Belum ada laporan nahas akibat tumpahan minyak di Jalan Kuching – Polis

Kuala Lumpur – Polis belum menerima sebarang laporan berhubung kemalangan membabitkan beberapa penunggang motosikal yang dikatakan berpunca daripada tumpahan minyak di laluan Jalan Kuching arah ke pusat bandar raya, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya, berkata pihaknya masih belum menerima laporan daripada mana-mana berhubung kejadian itu.

“Perkara itu sudah disemak, didapati belum ada laporan diterima,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, satu rakaman video dipercayai rakaman daripada kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’ sebuah kenderaan berhubung kejadian itu tersebar di media sosial, hari ini.

Menerusi tarikh dan rakaman yang tertera dalam rakaman video itu, kejadian dirakam pagi tadi kira-kira jam 9.22 pagi.

Dalam rakaman video berdurasi 47 saat itu, kelihatan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki yang berada di lorong tengah kelihatan hilang kawalan dipercayai akibat laluan yang licin sebelum terjatuh.

Menerusi rakaman itu juga, kelihatan sebuah lagi motosikal yang berada di hadapan motosikal terbabit turut terjatuh sebaik memintas dua lagi motosikal yang sudah terlebih dahulu terjatuh di lorong tengah.

Bagaimanapun, kesemua penunggang motosikal berkenaan terselamat dengan beberapa pengguna jalan raya lain memberhentikan kenderaan masing-masing dan membantu mereka. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu