Nation
456
0

Biar rakyat keluarkan simpanan KWSP dengan syarat munasabah – Kesavan Kandasamy

Kuala Lumpur – “Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sewajarnya melaksanakan syarat pengeluaran permohonan i-Sinar yang lebih pragmatik,” saran Kesavan Kandasamy, Bendahari, Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan.

Beliau berkata, rakyat sedang berdepan dengan pelbagai cabaran selepas pandemik Covid ‘19 melanda.

“Ramai dikalangan kita hilang punca pendapatan dan terpaksa bergelut untuk meneruskan kehidupan harian.”

“Saya hairan mengapa KWSP mengenakan syarat pengeluaran yang begitu rigid, sehinggakan ramai pencarum yang tidak berpuas hati dengan skim i-Sinar yang dilancarkan pada Disember lalu,” ujar beliau lagi.

“Permintaan ini adalah suara hati rakyat Malaysia, bukan kami memberi tekanan semata-mata untuk mencari publisiti politik.”

“Saya bagi pihak Pemuda MIC menyarankan agar rakyat Malaysia diberi kelonggaran untuk mengeluarkan wang mereka sekiranya ada keperluan dan mempunyai baki dalam akaun.”

“Duit itu, duit mereka (rakyat). Kalau tidak bermanfaat bila masa-masa genting ini, bila lagi mereka hendak guna simpanan KWSP ini?”, soal beliau.

Terdahulu, permohonan i-Sinar KWSP mula dibuka secara dalam talian pada tahun lepas menerusi dua kategori kriteria kelayakan pemohon membabitkan 8 juta ahli.

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada akaun satu.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu