Nation
205
0

BN nyata sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021

Kuala Lumpur – Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 dengan menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran “one-off” hingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain melanjutkan moratorium.

Ketika menyatakan perkara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), turut berpandangan pindaan terhadap Rang Undang-undang Perbekalan 2021 wajar dilakukan, mengambil kira situasi luar biasa dihadapi negara ketika ini susulan pandemik COVID-19.

“Bajet ini dibuat dalam keadaan luar biasa, kalau kita nak pinda pun bajet ini ia wajar dilakukan sebab ini keadaan luar biasa dan tambahan lagi dalam hal ini, pendirian BN seperti mana disuarakan oleh (Ahli Parlimen) Bagan Datuk (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) bahawa kita nak pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’ dan moratorium dilanjutkan hingga 30 Jun 2021 diluluskan oleh kerajaan.

“Sokongan saya dan rakan-rakan terhadap bajet ini tertakluk kepada kelulusan kedua-dua ini, jadi sokongan kita (BN) pada bajet ini sokongan bersyarat,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) tentang kemungkinan Rang Undang-undang Perbekalan kali ini dipinda kerana sepanjang pengalamannya sebagai ahli Parlimen, perkara itu tidak pernah berlaku. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu