Nation
138
0

Boleh makan di restoran bermula esok

Petaling Jaya – Kerajaan bersetuju membenarkan pelanggan makan di restoran dengan jumlah yang dibenarkan terhad kepada dua orang sahaja untuk satu meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik restoran dan pelanggan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan berdasarkan keluasan restoran.

“Kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan industri kreatif beroperasi dengan SOP yang ketat. Antara yang dibenarkan ialah produksi animasi dan musik, rakaman lagu di studio, pra produksi pengambaran, iklan, dokumentasi, Live Streaming dan rakaman seni dan warisan tanpa penonton.

“Saringan ujian Covid-19 perlu dilakukan bagi semua yang terlibat dengan produksi pengambaran. Keputusan perlu diserahkan kepada Finas tiga hari sebelum pengambaran,” katanya dalam sidang akhbar di FB Live sebentar tadi.

Katanya, waktu operasi pula dibenarkan dari pukul 8 pagi hingga 10 malam sahaja. – Kosmo Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu