Nation
430
0

Boleh makan lebih 2 orang semeja mulai esok

Kuala Lumpur – Tidak ada lagi peraturan makan semeja dua orang di kedai makan, sebaliknya dibenarkan mengikut kesesuaian saiz meja di semua negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu itu, peraturan hanya dua orang dihadkan satu meja tidak lagi dikuatkuasakan.

Bagaimanapun SOP penjarakan fizikal satu meter antara satu sama lain dikekalkan.

Mengulas lanjut beliau berkata, peraturan kebenaran makan di premis makanan berdasarkan keluasan meja dengan penjarakan fizikal satu meter turut dilaksanakan di kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

“Mesyuarat bersetuju semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP dibenarkan ‘dine in’ dengan kebenaran makan berdasarkan keluasan meja dan adanya penjarakan fizikal satu meter,” katanya pada sidang media mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

Bermula esok, sebanyak empat negeri masih dikekalkan PKP iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu