Social
150
0

Budak 5 tahun lemas jatuh longkang

Bidor – Seorang budak lelaki berusia lima tahun ditemui lemas di dalam tali air dekat Kampung Bikam di sini, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) negeri, berkata terdahulu ibu bapa menjumpai sepasang kasut di tepi tali air yang terletak berhampiran rumah mereka.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

“Hasil pencarian, pihak bomba dan penyelamat menemui mangsa kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu