Social
138
0

Bunuh bapa: Lelaki direman 7 hari

Jelebu – Seorang lelaki yang merupakan suspek kes bunuh bapanya, direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata permohonan reman ke atas suspek berusia 35 tahun itu, dibuat di hadapan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret Jelebu di sini hari ini.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam insiden 9.30 pagi semalam, seorang lelaki berusia 59 tahun maut selepas ditikam oleh anak lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang, di sini dipercayai akibat perselisihan faham.

Suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal bagaimana pun berjaya ditahan polis kira-kira 20 minit selepas kejadian. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu