Social
185
0

Campak kepala manusia di dalam tong kitar semula

London – Polis Sepanyol menahan seorang suspek lelaki yang membuang kepala manusia di dalam tong kitar semula.

Tindakan itu menyusul selepas polis menemui mayat tanpa kepala di sebuah flat perumahan berhampiran.

Pemburuan suspek dilaksanakan selepas suspek dilihat membawa kepala dan mencampakkannya ke dalam tong sebelum melarikan diri.

Saksi kejadian salah faham insiden itu sebagai gurauan sempena Hallowen.

Laporan tempatan mendakwa bahawa suspek sempat bersiar-siar di tempat umum sambil mempamerkan kepala mangsa kepada orang ramai dan kanak-kanak.

Polis di Bandar Huelva berhampiran sempadan Portugal telah digerakkan sekitar 3 petang Sabtu lalu selepas orang awam menyedari ia adalah kepala sebenar manusia.

Tangkapan dibuat di rumah flat berhampiran sekitar 9 malam yang mana pegawai polis berjaya menjumpai mayat milik seorang lelaki tanpa kepala.

Mangsa disyaki kawan rapat suspek berusia 50 tahun.

Polis juga telah memeriksa beg yang digunakan membungkus kepala mangsa.

Manakala mahkamah Huelva mengarahkan polis tidak mengeluarkan sebarang komen buat masa ini mengenai kes tersebut sehingga siasatan lengkap dan dirujuk ke mahkamah.-MalaysiaGazette

 

 

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu