Nation
239
0

COVID-19: 184 kluster, Kes aktif cecah 10 ribu

Berikut adalah rangkuman mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 28 Nov hingga pukul 12:30 tgh 4 Dis.

Jumlah kes COVID-19 di Malaysia melepasi angka 69 ribu. Di peringkat global, lebih 65 juta kes dilaporkan dengan kira-kira 1.5 juta kematian. Lebih 45 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke lebih 200 buah negara dan wilayah.

Kuala Lumpur – Kluster yang masih aktif serta kluster baharu menjadi antara penyumbang utama kepada lonjakan kes harian baharu COVID-19 di Malaysia sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini, yang masih berlegar antara tiga dan empat angka.

Sehingga Khamis 3 Disember, terdapat 184 kluster yang aktif dan 43 daripadanya melaporkan pertambahan kes. Jumlah kluster yang tamat sebanyak 189 kes.

Antara kluster yang dominan kebelakangan ini dan ada ketika mengheret kes harian negara kepada ribuan kes adalah Kluster Teratai yang mula diisytiharkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 7 November lepas.

Pada hari kluster ini diumumkan, penularan koronavirus ini sudah menjangkiti 74 orang pekerja Kilang Top Glove di daerah Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat.

Peningkatan mendadak kes dalam kluster ini juga memaksa Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD) pada 17 November, meliputi asrama pekerja kilang Top Glove di Meru, Klang. Pada 25 November, kerajaan mengarahkan operasi melibatkan 28 buah kilang syarikat itu ditutup.

Kemuncak penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja kilang berkenaan adalah pada 24 November di mana daripada 1,623 kes yang dilaporkan berlaku di Selangor, sebanyak 1,511 kes adalah daripada Kluster Teratai. Negara merekod jumlah kes harian baharu COVID-19 yang amat tinggi pada hari berkenaan iaitu 2,188 kes.

Pada 1 Disember, Kluster Teratai Teratai melaporkan pertambahan kes tertinggi iaitu 778 kes, daripada 891 kes yang dilaporkan di Selangor.

Pada Rabu 2 Disember, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan kluster tersebut telah merebak dalam komuniti di luar tempat kediaman pekerja kilang Top Glove.

Beliau memberitahu sidang media mengenai perkembangan pengesanan kes baharu COVID-19 di Malaysia, KKM mengesan sekurang-kurangnya 150 kes jangkitan COVID-19 dalam komuniti tersebut yang ada kaitan dengan Kluster Teratai.

Dilaporkan kilang Top Glove mempunyai seramai 11,125 pekerja. Pengurusan kilang juga diarah menjalankan saringan ke atas 2,263 orang pekerja kilang yang tinggal di luar asrama atau kediaman yang disediakan pihak syarikat.

Setakat ini, daripada 6,609 orang individu yang disaring, seramai 5,083 dilaporkan positif bagi Kluster Teratai ini.

Untuk rekod, sepanjang rangkuman mingguan (28 November-3 Disember), sebanyak 24 kluster baharu dilaporkan seperti berikut – 4 kluster (3 Dis), 5 kluster (2 Dis), 2 kluster (1 Dis), 3 kluster (30 Nov), 4 kluster (29 Nov) dan 6 kluster (28 Nov). Sebanyak 10 kluster daripada jumlah ini dilaporkan di Sabah.

KES HARIAN DAN KES LAIN YANG BERKAITAN

Semalam Khamis 3 Disember, kes harian baharu COVID-19 empat angka sekali dilaporkan iaitu 1,075 kes (tiga daripadanya kes import), menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 69,095 kes.

Malaysia memintas Singapura untuk menduduki tempat ke-82 dalam senarai negara yang dilanda pandemik COVID-19 sementara negara jiran itu di kedudukan 86 dengan 58,239 dan 29 kematian.

Sehingga semalam, kes aktif COVID-19 di negara ini mencecah 10,802 kes. Tiga kes awal COVID-19 dilaporkan di Malaysia pada 25 Januari 2020.

Untuk rekod, kes baharu harian sepanjang rangkuman mingguan (28 Nov-3 Dis) – 1,075 kes (3 Dis), 851 kes (2 Dis), 1,472 kes (1 Dis), 1,212 kes (30 Dis), 1,309 kes (29 Dis) dan 1,315 kes (28 Dis).

Kes harian pulih masih tinggi dan semalam jumlah kes sembuh sebanyak 948 kes dan Sabah mencatat jumlah tertinggi iaitu 408 kes, diikuti Selangor (268 kes) dan Perak (118 kes).

Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 57,917 kes iaitu 83.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes pulih untuk hari yang lain sepanjang rangkuman mingguan – 658 ( 2 Dis), 1,552 ( 1 Dis), 2,112 kes ( 30 Dis), 1,333 kes ( 29 Nov) dan 1,110 kes- ( 28 Nov).

Sebanyak 11 kes kematian (jumlah kematian harian tertinggi setakat ini) dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kes kematian dilaporkan di Selangor (tiga kes), Sabah (dua kes), Johor (dua kes), dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kelantan.

Kesemua kes melibatkajn warganegara dan kebanyakan pesakit mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung.

Mengikut pecahan hari, kematian yang dilaporkan sepanjang tempoh ini selain semalam – 2 kes (2 Dis) 3 kes (1 Dis), 3 kes (30 Nov), 3 kes (29 Nov) dan 4 kes (28 Nov).

Sementara itu, jumlah pesakit COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi sehingga Khamis 3 Dis adalah seramai 116 orang dan 46 kes, memerlukan bantuan pernafasan.

PERINCIAN TERKINI KES COVID-19

Menurut perincian kes positif COVID-19 yang dilaporkan oleh KKM pada 3 Disember, Selangor merekod sebanyak 459 kes (termasuk satu kes import) dan 307 kes daripada kluster, termasuk kluster baharu, Kluster Monsoon. Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor dan setakat ini 19 kes dikesan positif.

Sabah melaporkan 310 kes dan 59 daripada kuster termasuk tiga kluster baharu, iaitu iaitu Kluster Jalan Kilang, Kluster Perdana Enam dan Kluster Jalan Kubota. Kluster Jalan Kilang melibatkan daerah Lahad Datu, dan setakat ini 24 kes dikesan positif. Kes awal kluster ini hasil saringan tempat kerja di sebuah kilang.

Kluster Perdana Enam juga melibatkan daerah Lahad Datu dan daripada 213 individu yang disaring, 25 dikesan positif. Sementara itu, Kluster Jalan Kubota melibatkan daerah Tawau dan setakat ini, 24 kes dikesan positif.

Di Johor, terdapat 78 kes dan 63 kes daripada kluster sedia ada; Negeri Sembilan melaporkan 52 kes dan 45 kes, daripada kluster sedia ada; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat 49 kes (satu kes import) dan 19 adalah daripada kluster sedia ada, sementara Pulau Pinang mencatat 43 kes dan 36 kes daripada kluster sedia ada.

Kedah melaporkan 32 kes, di mana 24 adalah daripada kluster sedia ada; Perak merekod 26 kes dan 23 kes daripada kluster sedia ada; Wilayah Persekutuan Labuan mencatat sembilan (9) kes dan satu kes daripadanya, kes import; Kelantan melaporkan sembilan (9) kes dan tujuh (7) daripada kluster sedia ada.

Pahang mencatat empat (4) kes; Melaka dua (2) kes, sementara Sarawak dan Terengganu, masing-masing mencatat satu (1) kes.

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Setakat rangkuman mingguan ini, kes COVID-19 global sebanyak 65,528,133 kes (rangkuman minggu lalu 61,412,579 kes) dengan 1,511,726 kematian (minggu lalu 1,439,993 kematian). Jumlah pesakit sembuh, 45,371,073 orang (minggu lalu 42,483,969 orang )

Amerika Syarikat di tangga pertama dengan 14,535,196 kes (minggu lalu 13,249,447 kes ). Angka kematian pula mencecah 282,829 (minggu lalu 269,597 kes). Kes positif COVID-19 mula dikesan di negara itu pada 20 Jan 2020.

India, di tempat kedua dengan 9,571,780 kes (minggu lalu 9,309,871 kes) dengan 139,227 kematian (minggu lalu 135,752 kematian). Brazil merekodkan 6,487,516 kes (minggu lalu 6,204,570 kes) dengan 175,307 kematian (minggu lalu 171,497 kematian).

Rusia mencatat 2,375,546 kes (minggu lalu 2,215,533 kes) dengan 41,607 kematian (minggu lalu 38,558 kematian). Perancis melaporkan 2,257,331 kes (minggu lalu 2,183,660 kes) dan 54,140 kematian (minggu lalu 50,957 kematian).

Di samping lima negara di atas, terdapat 61 buah lagi negara mencatat lebih 100,000 kes COVID-19.

Negara yang mencatat jumlah kes antara sejuta dan di bawah dua juta adalah seperti berikut dan Iran kini tersenarai:-

Sepanyol 1,693,591 kes (46,038 kematian), United Kingdom 1,674,134 kes (60,113 kematian), Itali 1,664,829 kes (58,038 kematian), Argentina 1,447,732 kes (39,305 kematian), Colombia 1,343,322 kes (37,305 kematian), Mexico 1,144,643 kes (108,173 kematian), Jerman 1,128,742 kes (18,260 kematian), Poland 1,028,610 kes (18,828 kematian) dan Iran 1,003,494 kes (49,348 kematian).

Negara-negara yang merekodkan kes di bawah sejuta sehingga 400 ribu kes adalah:-

Peru 968,846 kes (36,104 kematian), Afrika Selatan 800,872 kes (21,803 kematian), Ukraine 772,760 kes (12,960 kematian), Turki 733,261 kes (14,316 kematian), Belgium 582,252 kes (16,911 kematian), Iraq 558,767 kes ( 12,361 kematian), Indonesia 557,877 kes (17,355 kematian), Chile 555,406 kes (15,519 kematian), Belanda 538,050 kes (9,565 kematian), Czechia 537,663 kes (8,641 kematian), Romania 492,211 kes (11,876 kematian), Bangladesh 471,739 kes (6,748 kematian), Filipina 435,413 kes (8,446 kematian) dan Pakistan 406,810 kes (8,205 kematian).

Negara mencatat kes COVID-19 bawah 400 ribu hingga 200 ribu:-

Kanada 396,270 kes (12,407 kematian), Maghribi 368,624 kes (6,063 kematian), Arab Saudi 358,102 kes (5,930 kematian), Israel 341,042 kes (2,891 kematian), Switzerland 340,115 kes (5,181 kematian), Portugal 307,618 kes (4,724 kematian), Austria 293,430 kes (3,538 kematian), Sweden 272,643 kes (7,007 kematian), Nepal 237,589 kes (1,551 kematian), Hungary 231,844 kes (5,324 kematian) dan Jordan 231,237 kes (2,909 kematian).

Negara lain termasuk dalam senarai 100,000 adalah

Serbia 199,158 kes (1,765 kematian), Ecuador 195,884 kes (13,612 kematian), Emiriah Arab Bersatu 172,751 (585 kematian), Panama 171,219 kes (3,141 kematian), Bulgaria 155,193 kes (4,503 kematian), Jepun 152,827 kes (2,213 kematian), Georgia 147,636 kes (1,387 kematian), Republik Dominica 146,009 kes (2,335 kematian), Bolivia 145,186 kes (8,982 kematian), Kuwait 143,574 kes (884 kematian), Costa Rica 142,505 kes (1,757 kematian), Belarus 141,609 kes (1,181 kematian), Qatar 139,477 kes (239 kematian), Croatia 139,415 kes (1,964 kematian), Armenia 138,508 kes (2,254 kematian), Kazakhstan 133,887 kes (1,990 kematian), Azerbaijan 133,733 kes (1,510 kematian), Lubnan 132,817 kes (1,067 kematian), Oman 124,329 kes (1,435 kematian), Guatemala 124,053 kes (4,209 kematian), Mesir 117,156 kes (6,713kematian), Moldova 112,307 kes (2,363 kematian), Ethiopia 111,579 kes (1,724 kematian), Greece 111,537 kes (2,706 kematian), Slovakia 111,208 kes (930 kematian), Honduras 109,144 kes (2,930 kematian) dan Venezuela 103,067 kes (905 kematian).

Sementara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat ke-72 dengan 86,584 kes (minggu lalu 86,495 kes) . Angka kematian kekal 4,634 (tidak berubah daripada minggu-minggu sebelumnya).

Dalam kalangan negara jiran Malaysia di Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina menyertai senarai 64 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia merekod 557,877 kes (minggu lalu 522,581 kes) dengan 17,355 kematian (minggu lalu 16,521 kematian) . Filipina mencatat 435,413 kes (minggu lalu 424,297 kes ) dengan 8,446 kematian (minggu lalu 8,242 kematian).

Myanmar minggu ini melaporkan 95,018 kes (minggu lalu 85,205 kes) dengan 2,028 kematian (minggu lalu 1,846 kematian). Singapura melaporkan 58,239 kes (minggu lalu 58,199 kes) dan 29 kes kematian.

Jumlah kes positif COVID-19 di Thailand pula sebanyak 4,039 (minggu lalu 3,961) dengan angka kematian kekal 60. Vietnam mencatat 1,361 kes (minggu lalu 1,331 kes) dan angka kematian kekal 35.

Kes COVID-19 di Kampuchea minggu ini sebanyak 335 kes (minggu lalu 307 kes) dan masih sifar kematian.

Tiada perubahan kes COVID-19 di Brunei 141 kes (2 kematian) sementara kes COVID-19 di Laos kekal 39 kes dan sifar kematian.

———————————————————————————————

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

— Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

— Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

— Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

— Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

— Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

— Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

— WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

— Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

— Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

— Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

— Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019). – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu