Nation
103
0

COVID-19: 376 institusi pendidikan di Johor Bahru diarah tutup

Kuala Lumpur – Sebanyak 376 institusi pendidikan di Daerah Johor Bahru, Johor yang merupakan Zon Merah diarah tutup selama dua minggu bermula dari Ahad ini hingga 14 Nov.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan institusi terlibat ialah sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Antara institusi pendidikan terlibat adalah 15 sekolah antarabangsa dan empat kolej vokasional.

‘’Daerah ini (Johor Bahru) telah disahkan sebagai Zon Merah COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini (arahan penutupan) selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pada 6 Okt berhubung keputusan kerajaan menutup sekolah di kawasan yang disahkan Zon Merah,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, semua senarai sekolah dan institusi tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.

KPM memaklumkan, sekolah dan institusi pendidikan yang mempunyai asrama juga ditutup dan ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama untuk pulang.

Bagaimanapun, bagi murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau yang ingin terus kekal di asrama, sepanjang tempoh penutupan itu akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

“Keperluan makan dan minum mereka sepanjang tempoh itu akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar yang dijadualkan menduduki peperiksaan antarabangsa sepanjang tempoh penutupan institusi, perlu memperoleh surat daripada sekolah masing-masing bagi menghadiri peperiksaan.

“Sepanjang tempoh penutupan ini, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manual itu boleh dimuat turun di portal rasmi, www.moe.gov.my,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu