Nation
126
0

COVID-19: 834 kes positif baharu

Putrajaya –  Jumlah kes pulih COVID-19 hari ini mengatasi angka kes positif baharu dengan 900 kes pulih dilaporkan, berbanding kes baharu sebanyak 834 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 9,968 kes, selain 23,120 kes yang telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu.

Daripada jumlah kes positif itu 831 adalah kes penularan dalam negara, manakala tiga lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, masing-masing satu kes dari Amerika Syarikat, India dan Indonesia.

“Kesemua kes baharu hari ini melibatkan kes-kes di Sabah sebanyak 503, Selangor (129), Labuan (105) Pulau Pinang (21), Kuala Lumpur (20), Negeri Sembilan (16), Sarawak (14).

“Manakala Johor sebanyak lapan kes, Putrajaya (6), Kedah dan Perak masing-masing tiga kes, Kelantan (2) dan Pahang (1),” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu