Nation
172
0

COVID-19: 919 kes baharu, satu kematian dilapor hari ini

Kuala Lumpur – Sejumlah 996 pesakit sembuh daripada wabak COVID-19 iaitu lebih tinggi berbanding 919 kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 32,069 kes, manakala bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan mencatat 11,419 kes.

Menurut beliau, daripada 919 kes baharu hari ini, 916 merupakan kes penularan dalam negara, sementara bakinya kes import.

 

Bagi penularan tempatan, Sabah terus mencatat kes baharu tertinggi dengan 318 kes, diikuti Negeri Sembilan (240), Selangor (174), Pulau Pinang (63) dan Kuala Lumpur (47).

“Lain-lain negeri pula melibatkan Labuan sebanyak 35 kes, Perak (sembilan) Sarawak, Johor dan Melaka masing-masing lapan, Kedah (tiga), Kelantan (dua) dan Putrajaya (satu),” katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu