Nation
91
0

COVID-19: 958 kes positif, 3 kematian

Kuala Lumpur – Kes positif COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan 958 kes baharu, dengan tiga kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif mencecah 52,638 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 13,221 kes.

“Tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Sabah iaitu sebanyak 512 kes, diikuti Selangor dan Negeri Sembilan yang masing-masing melaporkan 153 kes.

“Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya Kluster Sabaru (149 kes) dan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat (196 kes),” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata Selangor dan Negeri Sembilan mencatatkan jumlah kes yang tinggi hari ini disebabkan pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada serta kluster baharu. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu