Nation
95
0

COVID-19: 972 kes baharu hari ini

Kuala Lumpur – Sejumlah 1,345 pesakit hari ini sembuh wabak COVID-19 iaitu lebih tinggi daripada 972 kes baharu dalam tempoh 24 jam di negara ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 29,579 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini mencatat 11,308 kes.

Dr Noor Hisham berkata daripada 972 kes baharu hari ini, 967 merupakan kes penularan dalam negara dan lima kes import dilaporkan.

“Bagi penularan tempatan, Sabah terus mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 370 kes, Negeri Sembilan mencatat 260 kes, Selangor (137), Wilayah Persekutuan Labuan (63), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (20), Perak (51) dan Pulau Pinang (34).

“Kedah dan Johor masing-masing mencatat lapan kes, Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing merekodkan lima kes, Sarawak (empat) dan Kelantan dengan dua kes,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu