Nation
415
0

COVID-19: Beberapa jabatan MBSP ditutup sementara untuk sanitasi

Bukit Mertajam – Beberapa jabatan di Menara Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Perda di sini dan Jabatan Landskap MBSP di Kampung Jawa, Butterworth, ditutup sementara bermula hari ini susulan kes positif COVID-19.

Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata penutupan hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak itu bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan secara menyeluruh di kesemua jabatan terlibat.

Katanya langkah itu juga bagi mengenal pasti semua kakitangan serta pegawai yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit berkenaan dan hingga kini semua pekerja terlibat diarah bekerja dari rumah.

“Seorang kakitangan MBSP di Perda disahkan positif COVID-19 dan dari tempoh 18 Nov hingga 2 Dis, dia hanya hadir sekali sahaja ke pejabat iaitu pada 25 Nov. Kakitangan itu telah dimasukkan ke hospital pada 1 Dis dan disahkan positif keesokannya.

“Di Jabatan Landskap MBSP pula, keluarga kepada seorang kakitangan di situ disahkan positif COVID-19, menyebabkan kami mengambil langkah pencegahan untuk menutup sementara bagi proses sanitasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang awam agar tidak risau kerana operasi MBSP di kaunter berpusat berjalan seperti biasa dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Orang awam juga digalakkan membuat bayaran atau lain-lain perkhidmatan MBSP secara dalam talian di laman web www.mbsp.gov.my atau boleh mengikuti perkembangan terkini MBSP melalui Facebook MBSP. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu