Nation
135
0

Covid-19: Kes baharu 4 angka tiga hari berturut-turut

Kuala Lumpur – Kes positif baharu Covid-19 terus mencecah empat angka untuk tiga hari berturut-turut dengan hari ini mencatatkan sebanyak 1,009 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kes positif sebanyak 36,434 kes.

Katanya, daripada 1,009 kes baharu pada hari ini, terdapat sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan empat warganegara dan lima bukan warganegara yang tiba dari negara India, Kazakhstan, Indonesia, Korea Selatan, Nigeria, Afrika Selatan, Mexico dan Kemboja.

“Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 564 kes atau 55.9 peratus daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 198 kes atau 19.6 peratus dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan sebanyak 95 kes positif atau 9.4 peratus pada hari ini,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham, kelima-lima negeri itu masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyumbang sebanyak 857 kes atau 84.9 peratus daripada keseluruhan kes positif Covid-19 pada hari ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula dilaporkan sebanyak 10,503 kes, katanya.

Tambahnya, daripada 1,000 kes penularan di dalam negara, empat kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah.

Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu sebanyak 483 kes, kata beliau.

Dalam pada itu Noor Hisham memberitahu, berdasaran maklumat terkini Pusat Kesiapsiagaan dan Respon terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan Covid-19.

Justeru beliau berkata, jumlah kumulatif kes kematian akibat wabak itu di Malaysia adalah sebanyak 277 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – MalaysiaGazette

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu