Nation
134
0

COVID-19: Kes baharu 4 digit dengan 1,240, tertinggi setakat ini – KP Kesihatan

Putrajaya – Tidak sampai 72 jam, Malaysia sekali lagi mencatatkan empat digit kes baharu COVID-19 dengan 1,240 kes, jumlah kes harian tertinggi yang direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 27,805 kes dengan kes aktif sebanyak 9,744 kes.

Beliau berkata daripada kes baharu itu juga, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 927 kes atau 74.8 peratus dari jumlah kes seluruh negara.

“Jumlah kes di Sabah melonjak semula berikutan kes positif di Penjara Kepayan iaitu 439 kes, ini berikutan lebih banyak pengesanan kes secara aktif dijalankan di negeri Sabah.

“Selain itu, mobilisasi petugas kesihatan telah banyak membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini. – Bernama

 

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu