Nation
87
0

Covid-19: MOH Singapura siasat pemandu lori rakyat Malaysia

Singapura – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan mereka kini sedang menyiasat seorang pemandu lori rakyat Malaysia yang telah tidak dibenarkan memasuki negara itu pada 18 Februari, selepas diuji positif Covid-19 menggunakan ujian rapid antigen (ART) di pusat pemeriksaan Woodlands.

Kementerian itu menyatakan ujian polymerase chain reaction (PCR) terhadap penghantar kerja bebas itu juga yang diterima pada keesokan harinya juga didapati positif Covid-19.

MOH menyatakan, perjalanan ke Singapura lelaki itu sebelum itu ialah pada 8 Februari, apabila beliau diuji negatif pada ujian ART di pusat pemeriksaan.

“Siasatan kami mendapati yang beliau telah ke Kasino Resorts World Sentosa pada 9 Februari, sebelum pulang ke Malaysia pada hari yang sama,” menurut kenyataan dikeluarkan MOH semalam.

Walaupun lelaki itu tidak termasuk dalam perkiraan kes kerana beliau tidak dibenarkan untuk memasuki Singapura selepas keputusan ujian yang positif, kementerian itu menyatakan yang mereka akan mengambil tindakan sewajarnya sebagai langkah berjaga-jaga, termasuk mengkuarantin kesemua kontak rapat lelaki tersebut.

Kementerian itu menjelaskan yang pemandu lori Malaysia tidak dibenarkan untuk bergaul dalam komuniti, selain untuk tujuan penghantaran dan tidak dibenarkan untuk bermalam.

MOH menyatakan, siasatan juga sedang dijalankan bagi melihat sama ada berlakunya sebarang pelanggaran langkah-langkah pencegahan yang berkaitan.

Sehingga tengah hari semalam, Singapura melaporkan 11 kes jangkitan Covid-19 baharu, kesemuanya kes import, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 59,869 kes. — Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu