Nation
119
0

COVID-19: Penduduk diingatkan tidak ambil mudah SOP

Padang Besar Р Masyarakat di Perlis diingatkan agar tidak mengambil mudah pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) walaupun negeri itu berstatus zon hijau COVID-19.

Ini kerana kata Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Saifudin Aslin Abbas, di sebalik penguatkuasaan SOP yang melibatkan seluruh negara itu, masih ada individu khususnya di daerah ini, yang melanggar arahan berkenaan.

Contohnya, hari ini sebanyak empat kompaun dikeluarkan kepada mereka yang tidak mematuhi arahan itu semasa operasi pematuhan SOP PKPP dijalankan di kawasan Anjung Tinjau Wang Kelian dan Pasar Pagi Beseri, katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun katanya, secara keseluruhan kadar pematuhan SOP PKPP di Padang Besar adalah tinggi iaitu 90 peratus.

“Masyarakat tidak seharusnya alpa dan bersikap mengambil mudah tentang perkara ini kerana kita perlu bersama-sama untuk membendung wabak ini,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu