Nation
146
0

COVID-19: Singapura catat hanya satu kes baharu

Singapura – Singapura mengesahkan hanya satu kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan hari ini dengan jumlah keseluruhan 58,020 kes setakat ini.

Kementerian Kesihatan republik itu (MOH) berkata kes berkenaan adalah kes yang diimport yang diserahkan Notis Duduk di Rumah, sebaik tiba di Singapura.

Singapura merekodkan kes pertama yang diimport pada 23 Jan.

Dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini, kementerian berkenaan memaklumkan tiada kes baharu jangkitan tempatan COVID-19.

Ini adalah hari ketiga berturut-turut sifar jangkitan baharu dalam komuniti di sini.

Dalam data lengkapnya yang dikeluarkan lewat hari Ahad, MOH memaklumkan secara keseluruhanya, sebanyak 57,924 telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah didiscaj dari hospital atau kemudahan rawatan komuniti.

Kini, sejumlah 46 kes disahkan masih di hospital dan tiada kes dimasukkan ke unit rawatan rapi.

MOH memaklumkan sebanyak 21 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih positif COVID-19, telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Setakat ini, 28 orang meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di republik ini.

Setakat tengah hari semalam (1 Nov), kementerian mengklasifikasikan 1,253 kes sebagai kes yang diimport, 2,269 kes komuniti dan 54,497 melibatkan penghuni asrama. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu