Politics
368
0

Darurat: Pendirian UMNO Johor

Petang ini Majlis Raja Raja Melayu akan bersidang. Rakyat menunggu, apakah YDP Agung akan memperkenankan permintaan PM supaya negara diistihar “Darurat”.

Peristiharan Darurat diputuskan oleh Mesyuarat Khas Kabinet untuk memerangi Covid-19. Ia termaktub di bawah Artikel 150 Perlembagaan Negara.

Mesyuarat UMNO Johor semalam bersetuju Kerajaan Pusat hendaklah memberi penjelasan lanjut kenapa Artikel 150 dalam Perlembagaan Persekutuan mahu digunakan.

Di bawah Artikel 150, “Darurat” boleh diistihar jika keselamatan, ketenteraman awam dan kehidupan ekonomi terancam. Iaitu berlaku kecemasan yang amat parah.

Apakah negara sudah sampai situasi parah itu. Kenapa mahu “menggantung Parlimen”? Bolehkah Covid-19 diperangi jika PM ada kuasa mutlak dan demokrasi dimatikan.

Sebab itu pendirian UMNO Johor adalah wajar. Jangan nanti ada muslihat politik. Takut undi tidak percaya dan takut Bajet tidak lulus.

Kecaman terhadap Muhyiddin memuncak. Gantung parlimen tidak perlu letak jawatan PM. Tetapi gantung Parlimen umpama bubar Parlimen. Kalau begitu, baik letak jawatan. – Oleh Datuk Dr. Puad Zarkashi

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu